Selamat Hari Lahir buat diri aku sendiri. Biarlah orang nak kata aku pentingkan diri sekali pun. Tak kisah. Biarlah aku nak ucap selamat bilamana hari aku keluar di dunia ni pada aku sendiri. Siapa lagi yang nak ucapkan selain diri aku sendiri. Siapa lagi yang nak motivasikan diri aku kalau bukan aku yang bertindak sendiri. Siapa lagi. Kata orang bukan kita nak dengar. Kan? Biar kita sendiri yang berbicara dengan hati kita. Biar lembut sikit jadinya. Biar tak keras macam batu. Kau ingat, 18 Tahun sudah kau singgah di atas Bumi yang dipinjamkan sementara ini. Kau ingat cukup ke amalan kau untuk membalas pemberian nikmat Allah di akhirat kelak. Ya Allah, semestinya jawapan yang aku akan berikan TIDAK. Memang tidak cukup amalan aku selama ini. Antara dosa dan pahala, aku yakin kalau ditimbangkan sekarang 99.99% lebih berat ke arah dosa. Kesian penimbang tu tidak seimbang jadinya. Tapi, kau jangan nak kesian ke penimbanglah kalau sepatutnya diri kau tu yang harus dikasihani. Wahai diri yang hina ini, kau bangkitlah. Bangkitlah. Bangkitlah engkau sebelum ajal memanggilmu.
Alhamdulillah Ya Allah, aku masih boleh menghirup oksigen dan alhamdulillah kau masih memberi ruang yang luas untuk aku bertaubat di jalanMu, melakukan segala amalan sebagai bekal di alam yang bakal kami semua tempuhi kelak. Tiada yang lebih berharga daripada hadiah umur yang panjang dari Allah Yang Maha Esa.
SELAMAT HARI LAHIR BUAT AKU!
hai awak cun !!
ReplyDeletebila mahu ketemu
dah la saya tak boleh buat pakej
tak boleh nak jaje
heee
may Allah , always with u